Latihan Menembak Penjara Pusat Miri Tahun 2016<br>
Pada 29-31 Mac 2016, Penjara Pusat Miri telah mengadakan latihan menembak bertempat di Lapang Sasar PGA Lambir, Miri. Seramai 120 orang anggota institusi telah terlibat dengan latihan tersebut terdiri daripada Wadar Penjara KX17 sehingga Penolong Komisioner Penjara KX48. Objektif latihan menembak ini dijalankan adalah untuk meningkatkan kemahiran mengendalikan senjatapi, memberi pendedahan tentang undang-undang penggunaan senjatapi dan juga bagi memupuk semangat berpasukan. Senjatapi yang digunakan bagi sesi latihan menembak ini ialah jenis Smith & Wesson MP9 mm, Revolver Smith & Wesson .38 Special, Pump Gun Mossberg dan HK MP5.